SELANGOR

Bukan Selangor tangguh penstrukturan air

6 Mac 2018, 7:50 AM
Bukan Selangor tangguh penstrukturan air
Bukan Selangor tangguh penstrukturan air

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 MAC: Kerajaan Selangor tidak melanjutkan proses penangguhkan penstrukturan air negeri, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Beliau berkata, tindakan pemansuhan dibuat Kerajaan Persekutuan menimbulkan persepsi negatif, jika ia dibuat dengan tujuan bermotifkan politik.

"Adakah ia sebahagian daripada permainan politik supaya pengguna di Selangor menderita dan untuk memalukan Kerajaan Negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)?

"Atau adakah ia sebagai tanda Kerajaan Persekutuan berhadapan masalah kewangan kronik?" katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Kabinet menetapkan penstrukturan air Selangor yang sebelum ini ditangguhkan dari Mei kepada Oktober 2017, ditangguhkan sehingga penghujung 2018 ini.

Bagaimanapun Charles berkata, mengikut dasar air negara, Kerajaan Persekutuan perlu menanggung pembelian aset air bagi membantu negeri.

Beliau berkata, ia termasuk aspek penilaian bebas bagi pengambilalihan aset air yang belum diambil alih diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan oleh Kerajaan Selangor dan ia dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet, pada Mei 2017.

"Kerajaan Persekutuan juga sudah selesai dalam penilaiannya terhadap aset air terbabit, namun berdegil mahu Kerajaan Negeri menyatakan harganya.

"Perkara itu tidak munasabah memandangkan Kerajaan Persekutuan adalah pembelinya. Tanggungjawab pengambilalihan aset air jelas terletak pada Kerajaan Persekutuan," katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri melaksanakan pelan jangka panjang yang menggabungkan industri air negeri di bawah satu syarikat pengendali senaraian awam dengan perkhidmatan lebih cekap, efektif, berdaya saing dan mampan.

Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak diteruskan secara berkesan ekoran langkah penangguhan penstrukturan baru yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619