NASIONAL

Persempadanan semula hanya boleh diluluskan secara sembrono

5 Mac 2018, 8:39 AM
Persempadanan semula hanya boleh diluluskan secara sembrono
Persempadanan semula hanya boleh diluluskan secara sembrono

 

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 5 MAC: Cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat diluluskan di Parlimen apabila proses bantahan di mahkamah oleh Kerajaan Selangor masih berjalan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno dan Barisan Nasional (BN) membawa dan meluluskan usul persempadanan baru ini secara sembrono.

"Saya tidak jelas apa yang akan berlaku pada persidangan parlimen kali ini kerana kalau mengikut prosedur persempadanan semula, prosesnya belum selesai di Selangor.

"Jadi, untuk meluluskan di Parlimen ini, kalau kerajaan ikut peraturan dan susunan betul tidak akan dapat dilakukan tetapi kerajaan mungkin mengambil jalan pintas dan melanggari prosedur sepatutnya dan meluluskan secara sembrono," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

Beliau demikian kepada SelangorKini selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keenam Majlis Parlimen Yang Ke-13 2018 di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Jelasnya, selain membahaskan isu berkaitan persempadanan semula, persidangan kali ini juga bakal menjadi medan bagi rakyat menyaksikan pertembungan terakhir untuk Pakatan Harapan (Pakatan) dan Barisan Nasional (BN) membahaskan dasar masing-masing.

"Rakyat akan membuat pelbagai penilaian mana pihak yang paling sesuai untuk memimpin negara ke arah Malaysia yang lebih saksama dan makmur," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619