NASIONAL

YDPA: Tangani isu kos sara hidup bebani rakyat

5 Mac 2018, 6:33 AM
YDPA: Tangani isu kos sara hidup bebani rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 5 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V menyentuh isu kos sara hidup tinggi membebani rakyat yang wajar diberi perhatian kerajaan bagi menanganinya.

Ketika bertitah dalam majlis perasmian sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini, baginda mengatakan ia antara isu utama dan sebarang langkah diambil perlu mendapat sokongan semua pihak.

"Beta mengalu-alukan langkah kerajaan yang berterusan untuk menangani isu dekat di hati rakyat melalui pelbagai insentif terutamanya berhubung kos sara hidup.

"Beta percaya lebih banyak lagi inisiatif akan diperkenalkan berikutan langkah kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi merangka program bersesuaian boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban rakyat," titahnya.

Kerajaan bersetuju menubuhkan majlis berkenaan dalam usaha menangani peningkatan kos sara hidup dihadapi rakyat dengan tumpuan kepada lima kluster iaitu pendidikan, pengangkutan, utiliti, makanan dan minuman.

Rakyat terutama golongan pendapatan rendah dan sederhana ketika ini berdepan masalah berkaitan berikutan peningkatan kos sara hidup selain nilai mata wang yang tidak stabil.

Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga dianggap majoriti rakyat membebankan biarpun kerajaan memberi jaminan ia memberi pulangan sewajarnya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619