SELANGOR

Sultan terima RM49.3 juta untuk guru, pegawai masjid Selangor

27 Feb 2018, 9:20 AM
Sultan terima RM49.3 juta untuk guru, pegawai masjid Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan berangkat menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Selangor berjumlah RM49.36 juta.

Peruntukan disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu diadakan di Istana Kayangan Shah Alam Selangor di sini, hari ini.

Jumlah itu membabitkan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi bayaran imbuhan Imam, elaun Guru KAFA dan Guru Takmir Negeri Selangor 2018 sebanyak RM41,508,084.00 dan bayaran khas 'one-off' Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru KAFA Negeri Selangor 2018 sebanyak RM7,854,000.00.

Bayaran ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 mengenai bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 kepada imam, bilal, siak/noja/merbot, guru KAFA dan guru takmir.

Bayaran dibuat dua kali iaitu RM1,00o pada awal 2018 dan RM500 ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri 1439H.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),

Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Bin Abd Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato' Haris Kasim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619