SELANGOR

Janji BN beri rumah percuma tidak realistik

26 Feb 2018, 7:23 AM
Janji BN beri rumah percuma tidak realistik
Janji BN beri rumah percuma tidak realistik

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 FEB: Janji Barisan Nasional (BN) untuk memberi rumah percuma kepada pasangan muda baru berkahwin sekiranya menang di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan hanya janji kosong.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamarudin berkata, janji yang ditawarkan itu tidak realistik, malahan BN terdahulu gagal memberikan khidmat kepada rakyat, di negeri terbabit.

Malah, beliau turut mempersoalkan kemampuan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang tidak mempunyai rekod amanah dan tidak mempunyai kredibiliti.

"Janji beliau tidak ditepati. Jamal tidak ada kredibiliti, tidak ada ‘track record’ yang amanah, jujur dan kita tidak boleh pakai janji orang macam ini.

"Janji kosong BN ini yang digunakan 60 tahun dulu, sebab itu BN kalah, pada 2008 sehingga kini,” katanya lapor FMT.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Jamal yang berjanji akan memberi rumah percuma kepada pasangan muda baru berkahwin jika parti itu berjaya menawan negeri berkenaan, pada PRU14.

Terdahulu, Jamal berkata, pihaknya sudah membincangkan perkara itu dengan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Pada masa sama, Zuraida mengingatkan BN untuk menerima hakikat bahawa rakyat kini lebih mempercayai kemampuan PAKATAN yang mentadbir Selangor.

"Kerajaan Selangor yang ada masa ini, kita cakap dan buat. Sebab itu, saya cakap Jamal tidak rasional dan cakap tak boleh pakai, sebab tidak ambil kira statistik berkenaan kajian, analisa keadaan semasa ekonomi dan kedudukan kewangan,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619