BERITA UTAMA

KUIS-Bank Rakyat meterai kerjasama perkenal skim PhD

23 Feb 2018, 1:42 AM
KUIS-Bank Rakyat meterai kerjasama perkenal skim PhD
KUIS-Bank Rakyat meterai kerjasama perkenal skim PhD

OLEH SHEEDA FATHIL

BANGI, 23 FEB: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) memeterai Perjanjian Persefahaman (MOA) bersama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Yayasan KUIS serta Yayasan As-Shafie.

Rektor KUIS, Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri berkata, majlis MOA itu bertujuan bagi memperkenalkan Skim Zamalah Pascasiswazah Bank Rakyat.

"Ia adalah skim terbuka kepada pelajar sepenuh masa sahaja yang ingin mengikuti pengajian ijazah Doktor Falsafah (PhD) bagi program pengajian Islam, selama tempoh tiga tahun.

"Tajaan di bawah Skim Zamalah ini hanya terbuka kepada tiga pelajar sahaja yang ditapis pemilihannya oleh KUIS," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MOA bersama Bank Rakyat, di KUIS, semalam.

Ab Halim berkata, skim berkenaan tidak hanya terbuka kepada pelajar KUIS sahaja, namun ia boleh dipohon oleh semua orang yang berminat.

"Menariknya berhubung skim ini, mereka yang mengikuti pengajian PhD tidak hanya belajar, namun turut menjadi tenaga pengajar di KUIS,"katanya.

Sementara itu, Ab Halim berkata, Skim Zamalah itu adalah hasil sumbangan zakat daripada Bank Rakyat kepada Yayasan KUIS berjumlah RM415,450.

"Bank Rakyat bertanggungjawab memastikan pelajar yang melanjutkan pengajian dalam PhD memenuhi kriteria asnaf mengikut hukum syarak.

"Mereka juga berperanan memantau Yayasan KUIS untuk mengeluarkan sumbangan zakat, malahan berhak menggantung atas budi bicara mereka,"katanya.

"Sumbangan zakat di bawah Skim Zamalah ini antaranya yuran program, yuran pendaftaran, yuran asas, yuran penginapan, yuran konvokesyen dan elaun sara diri secara bulanan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619