SELANGOR

Kempen Bebas Plastik, rakyat lebih bijak

20 Feb 2018, 3:13 AM
Kempen Bebas Plastik, rakyat lebih bijak
Kempen Bebas Plastik, rakyat lebih bijak

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 FEB: Rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan sogokan Barisan Nasional (BN) kononnya akan mengkaji semula dasar penggunaan beg plastik sekiranya menang pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14).

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, rakyat kini semakin prihatin terhadap isu alam sekitar dan memahami keperluan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik hasil daripada kempen Bebas Plastik.

Katanya, kesan positif pelaksanaan kempen itu boleh dilihat dengan air sungai yang kini lebih bersih.

"Manakala kutipan beg plastik terbuang dalam Sungai Klang juga semakin berkurangan sekaligus menyebabkan pelbagai fauna seperti memerang dan buaya juga muncul.

"Kenyataan Pengerusi Umno, bahawa BN akan mengkaji semula dasar itu menunjukkan bahawa pembangkang negeri sudah ketandusan isu dan idea," katanya dalam kenyataan.

Elizabeth berkata kempen terbabit selaras dengan prinsip 'fastabiqul khairat' (berlumba-lumba melakukan kebaikan) seperti yang diamalkan Dato' Menteri Besar.

"Selangor merupakan salah satu negeri yang sedang berlumba-lumba untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di Malaysia.

"Ia termasuk beberapa negeri yang ditadbir BN seperti Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor," katanya.

Terdahulu, Tan Sri Noh Omar berkata, dasar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri itu hanya menyusahkan rakyat dan menguntungkan sesetengah pihak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619