PBT

PISPA INPENS latih pelajar berdisiplin

19 Feb 2018, 6:44 AM
PISPA INPENS latih pelajar berdisiplin

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 FEB: Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) melaksanakan Pasukan Institut Pertahanan Awam (PISPA) sebagai latihan mingguan memperkasa diri pelajar.

INPENS dalam kenyataan berkata, setiap pelajar berdaftar di institusi itu sama ada tahap satu atau dua wajib menyertai pasukan berkenaan bagi membentuk sahsiah terpuji.

"Penyertaan PISPA dapat memperkasakan disiplin pelajar INPENS kerana budaya disiplin tinggi adalah sangat diterapkan dalam diri setiap kadet yang menyertainya.

"Dengan menyertai PISPA, pelajar akan mempelajari cara meyelamat, memberi pertolongan cemas, memadam kebakaran juga kawad kaki," katanya.

Pada masa sama, katanya, ilmu dipelajari dalam setiap latihan mingguan dapat mendidik pelajar untuk mengawal kemalangan daripada berlaku sama ada di bengkel mahupun tempat awam.

Terdahulu, INPENS mengadakan perhimpunan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama PISPA INPENS bagi menaikkan semangat pelajar, selain mengangkat ikrar sebagai kadet baharu, di Dewan Auditorium INPENS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619