SUKANKINI

Piala FA: Chelsea benam Hull City

17 Feb 2018, 1:13 AM
Piala FA: Chelsea benam Hull City

OLEH HAFIZAN TAIB

LONDON: Willian menyumbat dua gol bagi membantu Chelsea membelasah Hull City 4 - 0 di Stamford Bridge, di sini, bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA.

Pemain Brazil itu meletakkan tuan rumah di depan seawal dua minit permainan dengan satu rembatan di luar kotak penalti mengatasi pertahanan dan penjaga gol, David Marshall.

Kelebihan beraksi di laman sendiri diguna sepenuhnya skuad Antonio Antonio Conte bagi mengatasi kelab dari Liga Kejuaraan itu dengan Pedro (m27) menghasilkan gol kedua dengan hantara dilakukan Cesc Febregas.

Lima minit selepas itu, jaringan kedua Willian menyusul bagi terus mengukuhkan The Blues dengan 3 - 0 dengan gerakan dari tengah padang dilakukan Chelsea disudahkan Willian dengan sempurna.

Skuad Nigel Adkins terus dihukum dengan gol keempat tuan rumah melalui penyerang barunya, Olivier Giroud (m42) menyudahkan hantaran Emerson di depan pintu gol.

Bersambung babak kedua permainan, Chelsea terus menguasai permainan bagi mengekang serangan pasukan pelawat namun Hull City memperoleh peluang menjaringkan gol melalui penalti apabila Harry Wilson dijatuhkan pertahanan Chelsea pada minit ke 51.

Bagaimanapun David Meyler gagal dengan Willy Cabalero berjaya menyelamatkan sepakan penalti itu.

Dominasi tuan rumah berterusan hingga tamat perlawanan dengan keputusan sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619