SELANGOR

Kerajaan Negeri peruntuk RM2.18 juta baiki lif Pangsapuri Golden Villa

15 Feb 2018, 6:42 AM
Kerajaan Negeri peruntuk RM2.18 juta baiki lif Pangsapuri Golden Villa
Kerajaan Negeri peruntuk RM2.18 juta baiki lif Pangsapuri Golden Villa

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 15 FEB : Kerajaan Negeri melalui Skim Ceria memperuntukkan RM2.18 juta untuk membaiki 11 lif membabitkan enam blok di Pangsapuri Golden Villa, di sini.

Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, ia adalah usaha yang dilakukan secara beterusan untuk lebih mengharmonikan lagi kawasan pangsapuri terbabit.

"Berdasarkan tinjauan hari ini, Kerajaan Negeri bersetuju membantu memulihkan kawasan sekitar dengan membaiki beberapa lif bagi memudahkan penduduk di sini.

"Walaupun terdapat beberapa kekurangan namun secara amnya kawasan sekitar sini dan penduduknya kelihatan harmoni," katanya.

Beliau berkata ketika membuat lawatan turun padang ke Pangsapuri Golden Villa, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Norzaton Aini Mohd Kassim berkata, kerja baik pulih kesemua lif berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada April tahun hadapan.

"Kerja baik pulih ini akan dilakukan secara berperingkat supaya penduduk di sini tidak terputus untuk naik turun menggunakan lif.

"Kerajaan Negeri melantik Selangor Industrial Corporation (SIC) iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menguruskan pembaikan lif ini," katanya.

Beliau berkata, kerja baik pulih itu membabitkan 90 peratus alatan akan ditukar yang diimport khas dari luar negara.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619