SELANGOR

Hari Kebudayaan INPENS perkukuh keharmonian kaum

12 Feb 2018, 6:36 AM
Hari Kebudayaan INPENS perkukuh keharmonian kaum

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Hari Kebudayaan Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) berlangsung meriah dengan objektif memperkenalkan adat serta budaya yang diamalkan masyarakat majmuk.

Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, beliau teruja dengan penglibatan semua pelajar tanpa mengira bangsa apabila pelajar Melayu dan Cina turut menyertai pertandingan memecah periuk tanah dan pertandingan membuat kollam.

"Hari Kebudayaan INPENS ini jelas membuktikan INPENS bersifat harmoni dengan kesepakatan pelbagai bangsa menjayakan sambutan. Pertandingan yang dianjurkan juga memberikan peluang kepada semua pelajar untuk turut serta tanpa mengira latar belakang masing-masing.

"Sempena sambutan Ponggal, warga INPENS bekerjasama memasak nasi manis di dalam periuk tanah. Ponggal diraikan sempena Hari Menuai di kalangan masyarakat India di Malaysia.

"Rata-rata pelajar yang ditemui merasa teruja kerana berpeluang mengenali lebih mendalam lagi berkaitan kebudayaan dan kesenian yang diamalkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini," katanya.

Dirasmikan Exco Kemiskinan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan menulis khat, pertandingan menulis kaligrafi cina, pertandingan memanah, pertandingan membuat kollam ranggoli, pertandingan memecah periuk tanah, pertandingan mematah tebu dan pelbagai pertandingan berunsurkan kebudayaan.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang sentiasa menyokong kepada program bersifat perpaduan.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619