EKONOMI

Penjenamaan semula YES kepada IKTISASS ke arah Smart Factory 4.0

12 Feb 2018, 5:11 AM
Penjenamaan semula YES kepada IKTISASS ke arah Smart Factory 4.0
Penjenamaan semula YES kepada IKTISASS ke arah Smart Factory 4.0
Penjenamaan semula YES kepada IKTISASS ke arah Smart Factory 4.0

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor (SHRDC) melakukan penjenamaan semula Youth Enhancement Strategy Selangor (YES) kepada Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) ke arah Smart Factory 4.0.

Pengurus Industri SHRDC, Izham Zakaria berkata, program YES telah bermula sejak 2015 namun pihaknya melakukan penjenamaan semula kerana hasrat ingin membawa masuk teknologi 'smart factory' di Selangor.

"Pelaksanaan IKTISASS menumpukan kepada kepada 'high level'TVET, sejajar dengan visi memberdayakan lulusan TVET ke tahap lebih tinggi.

"Smart Factory ini akan mendapat kerjasama pakar dari Switzerland melalui kursus jangka panjang dan pendek yang ditawarkan," katanya kepada SelangorKini.

Izham berkata, IKTISASS memberi peluang kepada anak muda lepasan SPM yang tidak menyambungkan pelajaran dan pelajar lepasan diploma dan ijazah yang masih menganggur.

"Seperti kita tahu belia di negara ini sudah tidak berminat bekerja di kilang, jadi dengan inisiatif Smart Factory Selangor ini kita akan mewujudkan satu pekerjaan yang lebih menarik bagi industri perkilangan dengan penggunaan 'smart apps, smart technology' akan digunakan pakai bagi menggantikan pekerja buruh.

"Disamping itu kita juga akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing," katanya.

SHRDC merupakan sebuah pusat latihan melahirkan tenaga yang diperlukan mengikut kapasiti industri disamping membantu belia mendapat pekerjaan yang sudah sedia menanti.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619