PENDIDIKAN

TPM mantapkan perkongsian ilmu INPENS-PERODUA

12 Feb 2018, 3:38 AM
TPM mantapkan perkongsian ilmu INPENS-PERODUA
TPM mantapkan perkongsian ilmu INPENS-PERODUA

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) menyertai Total Productive Maintenance Workshop (TPM) anjuran bersama Perusahaan Otomobil Kedua Negara (PERODUA) selama dua hari bagi memantapkan lagi jalinan kerjasama bersama pemain industri berskala mega dalam pasaran tempatan.

Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, bengkel itudigunakan untuk memelihara dan meningkatkan kualiti produk melalui kaedah pencegahan serta penambahbaikan kelengkapan peralatan seperti mesin atau jentera.

Katanya, matlamat utama bengkel ini diadakan adalah untuk mengelakkan risiko kerugian besar kepada syarikat akibat tidak memahami prosedur pengendalian yang betul.

"INPENS terus tuntas dalam memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Kemahiran Vokasional (TVET) di negeri ini dengan lebih banyak kerjasama dijalinkan dengan industri-industri berskala mega.

"PERODUA sememangnya terkenal sebagai pengeluar otomobil terkemuka negara telah hadir berkongsi ilmu dan pengetahuan mereka dalam bengkel yang diadakan selama dua hari pada 7 dan 8 Februari lalu.

"Dengan penyertaan lima penceramah dan fasilitator dari PERODUA, 18 peserta yang terdiri daripada kakitangan INPENS turut mengambil bahagian," katanya.

Ahmad Zabri berkata bengkel ini akan turut diadakan khusus kepada pelajar dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan kemahiran kompeten dan berkualiti.

Dalam perkembangan sama, wakil PERODUA Ahmad Shah, berkata pihaknya sentiasa mendukung hasrat INPENS untuk menerajui pengajian kemahiran bertaraf industri dengan berkongsi ilmu serta pengetahuan diamalkan.

"Di PERODUA, kami sememangnya mengamalkan disiplin serta prosedur ketat demi menghasilkan yang terbaik. Pendedahan ilmu sebegini kepada INPENS akan memberi tambah nilai yang baik kepada peserta terlibat", katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619