SUKANKINI

FMLLP: Lengkap daftar pemain, jendela perpindahan ditutup

11 Feb 2018, 5:00 AM
FMLLP: Lengkap daftar pemain, jendela perpindahan ditutup

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 FEB: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menetapkan jendela perpindahan untuk Liga Malaysia (Liga M) 2018 akan ditutup hari ini.

Sehubungan itu, FMLLP mengingatkan semua pasukan mengemas kini pendaftaran pemain agar pemain dalam pasukan dapat disenaraikan bagi menghadapi perlawanan liga.

"Jendela perpindahan pertama musim 2018 akan berakhir dengan tempoh diberikan selama 12 minggu bermula dari 20 November 2017 hingga hari ini akan ditutup secara rasmi pada jam 11.59 malam.

"Kegagalan pasukan melengkapkan proses pendaftaran mengikut masa ditetapkan akan menyebabkan pemain tidak layak didaftarkan di dalam Liga M 2018," katanya dalam kenyataan.

FMLLP memaklumkan jendela perpindahan kedua akan dibuka semula pada 14 Mei hingga 10 Jun nanti.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619