NASIONAL

Pesawat AirAsia guna Skywise Airbus

9 Feb 2018, 3:04 AM
Pesawat AirAsia guna Skywise Airbus
Pesawat AirAsia guna Skywise Airbus

SINGAPURA, 9 FEB: Kumpulan pesawat A320 dan A330 AirAsia bakal diperkasakan dengan sistem perkhidmatan Skywise Predictive Maintenance, kata Airbus, hari ini.

Pengesahan itu disahkan AirAsia dan ia merangkumi kumpulan pesawat AirAsia juga AirAsia X untuk semua anak syarikatnya di Malaysia, Thailand, India, Jepun, Filipina serta Indonesia.

Ketika ini, AirAsia mempunyai kira-kira 230 pesawat sedang digunakan dan kira-kira 470 pesanan pesawat masih tertangguh termasuk 66 A330neos serta lebih 400 A320/A321neos masih belum diserahkan yang kesemuanya mempunyai keupayaan sistem Skywise.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya berharap dapat memanfaatkan kuasa analisis data raya dan teknologi ramalan Skywise Airbus dalam usaha mendapatkan kelebihan bagi keseluruhan kumpulan pesawat A320 serta A330 Kumpulan AirAsia.

"Skywise akan membolehkan kami mencapai wawasan baharu dalam operasi pesawat, mengoptimumkan penyenggaraan, kejuruteraan dan operasi penerbangan serta mengurangkan kos," katanya lapor Berita Harian.

Perbincangan akhir berhubung perjanjian Airbus Skywise dengan Kumpulan AirAsia dilakukan di Pertunjukan Udara Singapura, hari ini.

Sebahagian daripada kontrak lima tahun adalah keseluruhan kumpulan pesawat AirAsia akan dilengkapkan dengan *FOMAX iaitu sebuah modul baharu merakam data juga transmisi dalam penerbangan dan ia komponen utama perkhidmatan 'Skywise Predictive Maintenance Airbus'.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619