NASIONAL

Rakaman audio penipuan pilihan raya didedahkan

8 Feb 2018, 8:19 AM
Rakaman audio penipuan pilihan raya didedahkan
Rakaman audio penipuan pilihan raya didedahkan

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 8 FEB: Rakaman audio ucapan seorang pemimpin Umno Bahagian Permatang Pauh yang didedahkan hari ini membuktikan wujudnya aktiviti manipulasi undi khususnya membabitkan undi pos pada pilihan raya.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, ucapan itu dibuat pada program Pemukiman Jentera Pilihan Raya Umno Cawangan, di Politeknik Seberang Perai, pada 28 Januari lalu.

"Dalam rakaman audio ini, terdapat satu perkara yang menimbulkan kegusaran serta mengesahkan dakwaan kami.

"Jika ia adalah benar dan berlaku manipulasi undi terutama membabitkan undi pos atau undi awal sama ada oleh Umno juga dimudah cara oleh beberapa agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bersama Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, di sini, hari ini.

Katanya, rakaman audio itu diperolehi seorang ahli Umno yang menghadiri program terbabit, namun tidak dapat mendedahkan individu yang membekalkan rakaman itu atas faktor keselamatan.

Sementara itu, wakil media yang menghadiri sidang media turut diperdengarkan rakaman audio berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619