ALAM SEKITAR & CUACA

Menara Eiffel ditutup ekoran salji tebal

8 Feb 2018, 2:09 AM
Menara Eiffel ditutup ekoran salji tebal
Menara Eiffel ditutup ekoran salji tebal

PARIS, 8 FEB: Pengunjung tidak dibenarkan ke Menara Eiffel ekoran cuaca buruk selepas salji lebat menyelimuti bahagian utara Perancis dan menjejaskan lalu lintas, lapor agensi berita China Xinhua.

"Menara Eiffel ditutup kepada semua pengunjung kami ekoran keadaan cuaca (yang buruk), ," kata pihak berkuasa ikon dunia itu menerusi akaun Twitter, lapor BERNAMA.

Pengunjung juga dilihat berkumpul di bawah payung di jalan raya berhampiran monumen itu ekoran mengagumi rupanya yang diseliputi salji.

Ahli meteorologi meramalkan salji akan bertambah lebat dan ketebalannya boleh mencecah 10 sentimeter dengan suhu dijangka turun pada paras serendah negatif 10 darjah celsius.

Manakala, 28 jabatan pentadbiran termasuk lapan di wilayah Paris diletakkan di bawah amaran tahap jingga.

Perkhidmatan bas di ibu negara turut dibatalkan pada petang6 Februari lalu, manakala pengangkutan sekolah digantung di banyak tempat, semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619