SELANGOR

Pembeli kediaman dinasihatkan teliti status hartanah sebelum beli

7 Feb 2018, 1:27 AM
Pembeli kediaman dinasihatkan teliti status hartanah sebelum beli

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 FEB: Orang ramai yang berhasrat membeli kediaman bertingkat dinasihatkan supaya meneliti status atau syarat tanah projek pembangunan terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), Ng Tze Han, berkata hal ini berikutan terdapat sesetengah pembeli tidak menyedari kediaman yang mereka beli sebenarnya dibangunkan di atas tanah bersyarat komersial.

"Ada sesetengah pembeli tidak mendapat penerangan secukupnya ketika membeli rumah dan ini menyebabkan mereka tidak sedar rumah yang mereka beli itu dibina di atas tanah komersial.

"Setelah pembeli rumah pindah masuk barulah mereka sedar bil yang mereka bayar sebenarnya lebih mahal daripada kediaman biasa walaupun pangsapuri yang mereka beli itu adalah kediaman tetapi bil seperti bil air, ekektrik dan lain-lain berdasarkan tarif komersial bukannya kediaman," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Pendengaran Tertutup JPK-SAS di Bilik Mesyuarat, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, semalam.

Jelasnya, kejadian ini lazimnya melibatkan pembeli pangsapuri servis di kawasan bandar.

Katanya, kepadatan kawasan bandar hari ini menjadikan pangsapuri servis turut menjadi pilihan untuk dijadikan kediaman khususnya golongan muda atau mereka yang memiliki keluarga kecil.

"Mereka mempersoalkan kenapa terdapat kondominium atau rumah teres yang harganya lebih mewah dan mahal daripada pangsapuri servis yang mereka miliki tetapi tarif air, elektrik dan lain-lain bil lebih murah berbanding mereka," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619