NASIONAL

Kadar kemalangan maut di Malaysia menurun

5 Feb 2018, 6:45 AM
Kadar kemalangan maut di Malaysia menurun

OLEH SABIRAH AZIZ

HULU SELANGOR, 5 FEB: Kadar kemalangan maut dan kematian di lebuh raya negara ini mencatatkan penurunan lebih tujuh peratus sejak 2016 hingga tahun lalu.

Melalui pelaksanaan Op Selamat dijalankan saban tahun semasa musim perayaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat memantau dan memastikan keselamatan lebuh raya di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kadar kemalangan maut menunjukkan penurunan kepada 235 kes pada tahun lalu berbanding 2016 sebanyak 261 kes dengan penurunan sebanyak 26 kes atau 10 peratus.

“Bagi kemalangan menyebabkan kematian, 2017 mencatatkan kadar kematian sebanyak 257 kes, iaitu penurunan sebanyak 22 kes atau 7.9 peratus berbanding 279 kes pada 2016.

"Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa Op Selamat pada tahun lalu memberikan impak yang berkesan bagi menurunkan kadar kes kemalangan maut dan kematian,” katanya lapor Kosmo Online.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619