SELANGOR

1,000 perhiasan diedar naikkan semangat Tahun Baru Cina

4 Feb 2018, 2:46 AM
1,000 perhiasan diedar naikkan semangat Tahun Baru Cina

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 4 FEB: Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya mengedar kira-kira 1,000 barang perhiasan kepada penduduk disekitarnya, semalam.

ADN Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, sambutan Tahun Baru Cina akan lebih meriah selain dapat menaikkan semangat dalam menyambutnya jika rumah dan kawasan sekitar dihiasi dengan perhiasan yang menarik.

"Tahun ini, kita mengedarkan kepada penduduk Subang Jaya di tiga lokasi berbeza iaitu pasar PJS 7, pasar SS 15 dan restoran USJ 14.

"Acara seperti ini saban tahun kita adakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama penduduk dan wakil rakyat," katanya.

Turut hadir memeriahkan suasana adalah Ahli Majlis MPSJ, Wan Hock Leong.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619