SUKANKINI

Tirai Liga Malaysia 2018 dibuka esok

2 Feb 2018, 8:30 AM
Tirai Liga Malaysia 2018 dibuka esok
Tirai Liga Malaysia 2018 dibuka esok

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 FEB: Liga Malaysia musim 2018 membuka tirai minggu ini dengan enam perlawanan dijadualkan berlangsung pada 9 malam, esok.

Empat perlawanan berlangsung pada 3 Februari dengan Juara Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Juara Piala FA, Kedah bertemu di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos bagi perebutan trofi pertama musim ini, Piala Sumbangsih.

Dua pasukan beraksi di Liga Perdana musim lalu, PKNP FC dan Negeri Sembilan bertemu di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Terengganu FC pula dijadual menerima kunjungan PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sementara Melaka akan bertemu Kelantan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Dua aksi dijadualkan berlangsung pada Ahad, 4 Februari melibatkan pertembungan Pahang dan Perak di Stadium Darul Makmur, manakala aksi dua pasukan dari Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor dilangsungkan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619