SELANGOR

11 kawasan di KL alami gangguan bekalan air

2 Feb 2018, 8:14 AM
11 kawasan di KL alami gangguan bekalan air

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 FEB: Sekurang-kurangnya 11 kawasan di Kuala Lumpur dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara, bermula Selasa dan Rabu ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan berkata, gangguan itu ekoran kerja penambahbaikan perkhidmatan air bagi memastikan bekalan air berterusan.

"Pelanggan dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja penambahbaikan dilakukan pada tarikh berkenaan.

"Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja berkenaan secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan.

SYABAS berkata, antara kawasan terbabit ialah Jalan Pudu, Jalan Sarawak, Jalan Pasar, Jalan Brunei, Jalan Davies, Jalan Kancil, Jalan Sungai Besi, Jalan Yew, Jalan Gajah, Jalan San Peng dan Jalan Landak.

"Pengguna boleh merujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar mySyabas untuk maklumat terkini berkenaan gangguan bekalan air," katanya.

Sementara itu, SYABAS juga sedang menuju ke arah 'Mesra Alam' dengan memperkenalkan e-bil baru dan masyarakat disaran daftar serta kemas kini maklumat di https://update.airselangor.com untuk menerima e-bil bermula Januari 2018.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619