SUKANKINI

TM taja Liga M, terbesar dalam sejarah sukan

2 Feb 2018, 2:59 AM
TM taja Liga M, terbesar dalam sejarah sukan
TM taja Liga M, terbesar dalam sejarah sukan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 FEB: Perjanjian termeterai antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) bagi menaja Liga Malaysia (Liga M) bernilai RM480 juta, adalah yang terbesar dalam sejarah sukan negara.

Ia membuktikan keyakinan TM terhadap kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Hak penyiaran ini akan diagihkan kepada semua pasukan bertanding di dalam Liga Super dan Liga Perdana.

"Jumlah hak penyiaran ini akan meningkat pada setiap tahun dan akan menjadi hak penyiaran tertinggi yang tidak pernah sesebuah pasukan dalam negara miliki sebelum ini," kata FAM dalam kenyataannya.

Semalam, TM menjalin kerjasama dengan FMLLP bagi menaja Liga M, yang membolehkan peminat bola sepak tanahair dapat menyaksikan perlawanan secara langsung liga bola sepak tempatan menerusi platform unifi.

Perjanjian itu menyaksikan unifi, jenama utama TM menjadi penaja bagi Liga Super, Piala Malaysia dan penaja bagi Piala FA mulai tahun ini hingga 2025, membuktikan sokongan berterusan TM terhadap pembangunan bola sepak tempatan dan menaikkan mutu sukan di negara ini.

Melalui penajaan dimeterai, Liga Super kini dikenali 'unifi Liga Super' dan Piala Malaysia sebagai 'unifi Piala Malaysia'.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619