SELANGOR

Lelaki maut dibelit ular sawa di Banting

28 Jan 2018, 7:45 AM
Lelaki maut dibelit ular sawa di Banting

BANTING 28 JAN: Seorang lelaki maut dibelit ular sawa di Jalan Haji Ibrahim dekat sini, awal pagi tadi, lapor BH ONLINE.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata Zaim Khalis Kosnan,35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Sebaik tiba, kami menemui ular sawa sepanjang 2.4 meter sudah mati dipercayai dipukul orang awam," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Difahamkan, mayat mangsa masih berada di Hospital Banting bagi proses bedah siasat.

SUMBER: BH ONLINE

SUMBER GAMBAR: BH ONLINE/BOMBA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619