GLOBAL

AS tuduh Russia isu serangan kimia di Syria

28 Jan 2018, 12:48 AM
AS tuduh Russia isu serangan kimia di Syria

GLOBAL 28 JAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, menegaskan pendiriannya bahawa Russia bertanggungjawab atas serangan kimia di Syria, baru-baru ini walaupun dibantah keras Moscow, lapor AFP.

"Ini adalah serangan kimia yang tidak boleh diterima dan melanggar semua konvensyen yang ditandatangani Russia sendiri.

"Ia melanggar perjanjian yang dipersetujui Russia untuk mengenal pasti dan menghapuskan senjata kimia di Russia.

"Senjata kimia digunakan terhadap penduduk awam dan paling teruk adalah kanak-kanak, di Syria," kata Tillerson.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama dengan dengan Menteri Luar Poland, Jacek Czaputowicz, ketika lawatan ke Warsaw.

Tillerson membuat tuduhan itu buat kali pertama pada Selasa lalu, ketika diplomat dari 29 negara bertemu di Paris untuk menggesa sekatan dan dakwaan jenayah dikenakan ke atas dalang serangan kimia di Syria.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619