NASIONAL

Rabies: Satu lagi kes di Kuching

27 Jan 2018, 5:17 AM
Rabies: Satu lagi kes di Kuching

SHAH ALAM, 27 JAN: Satu lagi kes rabies disahkan Jabatan Kesihatan Kuching melibatkan seorang lelaki berusia 59 tahun dari Jalan Batu Kawa-Matang, Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kes terbaharu itu hasil ujian makmal yang diperoleh Jabatan Kesihatan Kuching, semalam.

“Lelaki tersebut mempunyai sejarah digigit anjing pada 27 Nov tahun lalu. Kes telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Kuching pada hari yang sama tetapi tidak dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk vaksinasi.

“Pada 20 Jan lalu, kes mengalami sakit serta lemah anggota kaki dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta empat hari kemudian (24 Januari).

"Keesokannya, kes dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut selepas mangsa menunjukkan gejala hidrofobia, halusinasi dan agresif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jurucakap JPBNS berkata kes terbaharu ini menjadikan sejumlah tujuh kes rabies manusia dilaporkan di negeri ini sejak 30 Jun tahun lalu.

“Lima daripada mangsa telah meninggal dunia manakala dua lagi kes masih di rawat di HUS,” katanya.

-Bernama-

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619