EKONOMI

Merchantrade Asia sasar 180,000 pemegang kad visa prabayar merchantrade money

25 Jan 2018, 8:37 AM
Merchantrade Asia sasar 180,000 pemegang kad visa prabayar merchantrade money
Merchantrade Asia sasar 180,000 pemegang kad visa prabayar merchantrade money

OLEH SABIRAH AZIZ

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Merchantrade Asia Sdn Bhd mensasarkan 180,000 pemegang kad visa prabayar pelbagai mata wang yang baru diperkenalkan dengan nilai tambah RM300 juta, tahun ini.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Ramasamy K Veeran berkata, kad itu mampu mengubah nilai ringgit Malaysia menjadi lima mata wang iaitu dolar Amerika, Australia, Singapura, pound sterling dan rupiah Indonesia.

"Buat masa ini, kami lihat penggunaan perkhidmatan berkenaan sangat menggalakkan. Jadi, berdasarkan trend semasa, kami menjangkakan dapat meraih tambah nilai RM300 juta.

"Pihak kami juga mensasarkan sejuta pemegang kad dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kad Visa Prabayar Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money di Hotel Intercontinental, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pihaknya menyediakan ujian perintis untuk kad prabayar baru dengan lebih dari 10,000 peserta serta tambah nilai lebih RM10 juta, dalam dua bulan terakhir.

Ramasamy berkata, pihaknya terkejut kerana menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada ujian itu.

"Bagaimanapun, kad prabayar ini terhad kepada RM10,000 saiz e-wallet. Kami berharap dapat meningkatkan saiz e-wallet kerana permintaan daripada pelanggan melebihi 10,000 pengguna dan kami memandang serius tentang perkara ini.

"Kami sedar orang ramai ingin mempunyai saiz dompet yang lebih besar terutama apabila mereka melancong, ke luar negara," katanya sambil menambah syarikat itu perlu melakukan beberapa penyerahan peraturan.

Ramasamy berkata, keupayaan perkhidmatan itu menukar dari ringgit ke mata wang asing pada bila-bila masa, memberikan fleksibiliti dan kemudahan kepada pelanggan untuk menggunakan mata wang mereka bergantung pada kadar ditetapkan.

"Di samping itu, pelanggan juga boleh mengeluarkan mata wang asing di mana-mana mesin teller automatik (ATM) yang mempunyaivisa di seluruh dunia pada kadar ditetapkan, tertakluk kepada caj bank negara berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, KB Ng berkata, perkhidmatan baru itu akan mengubah pengalaman pembayaran untuk pelancong Malaysia dan pekerja asing, di negara ini.

"Ini adalah inisiatif kemasukan kewangan yang menarik memandangkan ramai pekerja asing tidak mempunyai kemudahan pembayaran elektronik.

"Perkhidmatan kad prabayar ini juga akan melengkapi perkhidmatan debit atau kredit Visa namun tidak dapat membebaskan produk dan perkhidmatan yang sedia ada," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619