SELANGOR

INPENS terima sumbangan 3 kereta Perodua

22 Jan 2018, 1:54 AM
INPENS terima sumbangan 3 kereta Perodua

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JAN: Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) menerima sumbangan tiga kereta (test drive) jenis, Axia dan Bezza dan Myvi model baharu.

Eksekutif Komunikasi Korporat INPENS, Nur 'Adnin Syamil Halik Bassah berkata, kereta itu disumbangkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) untuk pelajar dalam sektor teknologi automotif.

"Sehingga kini INPENS mempunyai enam buah kereta buatan tempatan dan luar negara yang digunakan untuk sessi pembelajaran.

"Semoga dengan ini pelajar-pelajar INPENS di sektor automotif yang baharu mendaftar pada 9 Jan lalu akan menerima manfaatnya dan menjadi pelatih yang mahir," katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Tambahnya lagi, INPENS komited dalam memberikan latihan bertaraf industri kepada para pelajarnya dengan menyediakan kereta-kereta latihan buatan Eropah khusunya Jerman.

 

"Kita berharap akan ada lebih banyak kerjasama industri bertaraf konglomerat dalam memberikan latihan praktikal kepada pelajar-pelajar jurusan automotif, sistem komputer, elektrik, elektronik dan penyamanan udara," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619