SUKANKINI

FMLLP-La Liga meterai MoU bangun bola sepak

19 Jan 2018, 8:38 AM
FMLLP-La Liga meterai MoU bangun bola sepak
FMLLP-La Liga meterai MoU bangun bola sepak

 

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 JAN: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan La Liga memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan aspek urustadbir dan teknikal pengurusan liga.

Dalam kenyataan, FMLLP memaklumkan majlis terbabit diadakan di Johor Bahru, hari ini dengan disempurnakan Pengerusinya, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Ketua Pembangunan Antarabangsa La Liga, Oscar Mayo Pardo.

"Perjanjian kerjasama ini berlangsung selama tiga tahun dengan menyaksikan La Liga dan FMLLP bekerjasama membangunkan blueprint 50 tahun untuk Liga Malaysia.

"Kedua-dua pihak juga menganjurkan seminar dan bengkel oleh pakar dengan memfokuskan kepada pengurusan sukan, pemasaran, pengurusan kewangan, keselamatan stadium, pembangunan sosial serta projek komuniti melalui tanggungjawab sosial korporat," katanya.

Melalui perjanjian persefahaman itu juga, dinyatakan La Liga akan memudahcara kepada pemain di liga berkenaan bermain di Malaysia serta berusaha mengatur perlawanan di antara pasukan di La Liga dan di Malaysia semasa pra musim.

"Selain itu, kedua-dua pihak akan memastikan usaha terbaik untuk mencapai integrasi pemain Malaysia di Sepanyol dan sebaliknya," katanya.

La Liga adalah liga bola sepak profesional di Sepanyol.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619