NASIONAL

EAIC dapati salah laku serius kematian Balamurugan

18 Jan 2018, 6:31 AM
EAIC dapati salah laku serius kematian Balamurugan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JAN: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati polis melakukan beberapa pencabulan tingkah laku yang serius dan penyalahgunaan kuasa berhubung kematian dalam tahanan, S Balamurugan, tahun lalu.

Ketua EAIC, Atuk A Aziz A Rahim pada sidang media di Putrajaya berkata, polis juga gagal mematuhi arahan majistret supaya segera menghantar Balamurugan ke hospital.

"Suruhanjaya mendapati kegagalan polis melepaskan si mati selepas perintah reman mereka ditolak majistret adalah salah laku serius kerana tidak mematuhi arahan mahkamah," katanya yang dipetik portal Malaysiakini.

EAIC juga mendapati dua anggota polis yang hanya dikenali sebagai "SP46" dan "SP28" 'menyalahgunakan kuasa' dalam memerintahkan Balamurugan ditangkap semula tanpa alasan sah.

Balamurugan ditangkap dan didakwa dipukul di balai polis Bandar Batu Klang, pada 6 Februari 2017, sebelum dibawa ke pusat lokap Shah Alam selama beberapa jam dan kemudian dihantar ke mahkamah majistret Klang, pada waktu pagi untuk mendapatkan perintah reman.

Majistret mengarahkan pembebasan Balamurugan tetapi dia terus ditahan di ibu pejabat daerah polis Klang Utara dan didapati mati, pada awal 8 Februari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619