SELANGOR

Anak syarikat Perangsang Selangor tubuh kemudahan pembuatan tilam pertama di AS

16 Jan 2018, 9:56 AM
Anak syarikat Perangsang Selangor tubuh kemudahan pembuatan tilam pertama di AS

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 JAN: Anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (Perangsang Selangor), King Koil Licensing Company Inc (KKLC) merancang strategi baru perniagaannya dalam industri pembuatan tilam ke Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pegawai Eksekutif Perangsang Selangor, Ahmad Fariz Hassan berkata, syarikat itu akan mewujudkan kemudahan pembuatan tilam yang pertama bagi pengedaran langsung di negeri barat AS pada suku kedua 2018.

"Pembuatan tilam secara dalaman dan jualan terus kepada peruncit akan membolehkan KKLC mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas kualiti produk dan pengedaran pasaran di sana.

"KKLC turut akan membentuk kerjasama strategik dengan Blue Bell Mattress iaitu antara pemegang lesen berprestasi tinggi," katanya dalam kenyataan.

Fariz berkata, strategi baru itu akan memberi asas pendapatan yang lebih besar kepada KKLC.

"Untuk jangka masa panjang, kita menjangkakan pertumbuhan yang mampan berikutan kawalan lebih besar ke atas kualiti produk serta pengedaran yang akan membawa keuntungan lebih tinggi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619