SELANGOR

RSU Air Selangor tuntas tangani pencemaran sungai

16 Jan 2018, 6:26 AM
RSU Air Selangor tuntas tangani pencemaran sungai
RSU Air Selangor tuntas tangani pencemaran sungai

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 JAN: Inisiatif mencegah pencemaran sungai di negeri ini dilaksanakan menerusi penubuhan Unit Pengawasan Sungai (RSU) Air Selangor.

Pengurus Operasi Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, penubuhan unit itu bagi melakukan kerja-kerja pemantauan terhadap kelestarian sumber air mentah negeri.

"RSU mengenalpasti potensi dan risiko pencemaran terhadap sungai serta anak-anak sungai yang berada di hulu muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) di dalam lembangan sungai tertentu.

"Penubuhannya juga akan menilai air mentah dan sungai berdasarkan Indeks Kualiti Air (WQI) serta mengenalpasti risiko atau sumber pencemaran dalam lembangan sungai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Jawatakuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Negeri Selangor (JPK-SAS), di Bangunan Annexe, pagi ini.

Berdasarkan maklumat logistik, penubuhan RSU melibatkan 28 kakitangan dengan kemudahan 10 kenderaan bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan di lapangan.

Jabatan itu turut menerima peralatan ujian kualiti air melibatkan enam set dengan lain-lain kemudahan seperti GPS, binokular, Go Pro dan Oil Absorbents.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619