SELANGOR

Shah Alam On Wheel di Tesco U13 Sabtu ini

15 Jan 2018, 7:10 AM
Shah Alam On Wheel di Tesco U13 Sabtu ini

 

SHAH ALAM, 15 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan perkhidmatan pejabat bergerak 'Shah Alam On Wheel' bagi memudahkan orang awam berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, Shah Alam On Wheel akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta TESCO Shah Alam, Seksyen U13 di sini, bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang, pada 20 Januari ini.

"Shah Alam On Wheel menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan jualan kupon parkir," katanya.

Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan demi manfaat masyarakat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619